Let me spill out, I cannot take it when we are using Bahasa Malaysia and then add on some English to it. Some people may do it for fun, some for "glamourous" effects and some doing it because they are out of vocabulary to use. Not that I speak pure Bahasa Malaysia when I speak but I do not do it for the earlier.
Likewise, when filling in forms in Bahasa Malaysia, I just could not see people use English phrases to do it. Today, I encounter a form from the Ministry of Youth and Sports. My friend suggested to put "programming" in one of the fields. As far as I am concern, "programming" is "pengaturcaraan" in Bahasa Malaysia and since the language is our country's formal language, let us all use it with dignity.
I am not a Bahasa Malaysia- maniac or so lunatic as to champion the use of the language in all areas. However, I have utmost respect for the language because we are Bangsa Malaysia and the language is a connector among people in Malaysia.
Why do I say this? I recall a friend who is selling spectacles. He is a Chinese Malaysian and he could speak Hokkien, Hakka, Mandarin, Cantonese and some Teochew. One fine day, a customer walk in. From the skin colour, he looks Chinese so my friend was not too worried.
All of a sudden, his customer spoke in a language he could not understand. He knew it was a Chinese dialect but he just could not understand the language. It was Foochew. He tried to speak to him in any other Chinese dialects he could speak. None of the dialects he knew could communicate with his customer.
That was critical. How can you communicate and talk about business when you can't understand each other? At this juncture, I was very intrigued and quickly asked how the deal ended. He said the customer finally asked, "Melayu tau ka?" (can you understand Malay?) They both laughed and spoke Bahasa Malaysia to communicate. The rest is history.
I have written a piece regarding my opinion on our national language. It was carried by Utusan Malaysia. I only emailed that article to the reader's column but the piece of article proudly presented itself in the RENCANA column instead. Months after that, I even received royalty for it. Cool piece - I guess. Let's examine and see if you agree.
Bahasa membina bangsa
(in the news ::: Utusan Malaysia, Rencana, 6 Oct 2006)Oleh CHEW HOONG LING
BERITA “Cemar bahasa didenda – Dewan Bahasa dan Pustaka akan jadi badan penguat kuasa” di dada akhbar Utusan Malaysia hari ini amat menggembirakan. Sudah tiba masanya Malaysia mengukuhkan bahasa kebangsaan dan penggunaannya dalam seluruh lapisan masyarakat. Kita amat berbangga dengan tindakan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mempertahankan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.
Bahasa bukan sahaja merupakan satu pengantara pertuturan. Pepatah ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ membawa maksud yang amat besar. Sesuatu bangsa itu tidak teguh jika tidak dipertahankan bahasa dan budayanya. Tidak hairanlah kalau terdapat pelbagai bantahan apabila bahasa Inggeris diperkenalkan untuk mengajar subjek Matematik dan Sains di sekolah.
Tidak salah jika bangsa Malaysia bijak bertutur pelbagai bahasa. Kita berbangga mempunyai bakat seperti Mahadzir Lokman yang pandai berbahasa, malah dapat menguasai sehingga tujuh bahasa. Ramai juga orang Melayu dan India sekarang menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah Cina dan sebaliknya. Rata-rata, seluruh dunia mengagumi bangsa Malaysia yang dapat berbicara menggunakan lebih daripada satu bahasa. Inilah satu lagi keunikan negara kita yang tidak dapat ditandingi oleh negara lain.
Penulis berpendapat bahawa bangsa Malaysia harus mengusai berbagai-bagai bahasa demi mencari ilmu dan pengetahuan yang wujud di segenap pelosok dunia yang tampil dalam bermacam-macam bahasa. Malah bangsa Malaysia nanti yang akan mendapat segala kelebihan apabila dapat menggunakan pelbagai bahasa.
Namun, bahasa kebangsaan kita tidak harus dilupakan dan jangan sesekali diperlekehkan. Siapakah bangsa Malaysia tanpa bahasa kebangsaannya? Siapakah bangsa Malaysia jika bangsa sendiri mencemar bahasa sendiri?
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Setakat mana akta ini dihayati apabila kita masih mempunyai surat-surat rasmi yang menggunakan bahasa lain? Mustahilkah jika bangsa Malaysia menggunakan bahasa kebangsaan sendiri dalam urusan rasmi? Jika Frank Swettenham, Residen British semasa zaman penjajahan dahulu, fasih menggunakan bahasa Melayu, tidak segankah bangsa Malaysia sendiri gagal mempertahankan bahasa kebangsaannya?
Selain daripada mengenakan denda kepada pihak yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul, kita berharap lebih banyak tindakan diambil untuk memperbaiki mutu bahasa kebangsaan dan memperluaskan penggunaannya di semua peringkat masyarakat, lebih-lebih lagi dalam era teknologi masa kini.
Cadangan penulis adalah supaya bahasa kebangsaan dapat diperluas pencapaiannya. Di zaman moden ini, sudah banyak perisian penterjemahan dan kamus boleh didapati secara percuma melalui laman web. Dengan sekali klik sahaja, perisian begini boleh menterjemahkan semua teks dalam satu laman web atau dokumen daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain.Penulis percaya terdapat ramai pengendali laman web dan laman forum juga menginginkan perisian yang dapat membuat penterjemahan dengan mudah supaya dapat menyediakan laman web dwi- bahasa. Laman web bukan sahaja dapat menjangkau lebih ramai pengguna tetapi juga mudah digunakan pada bila-bila masa dan mana-mana tempat. Kamus dalam talian juga harus diperkenalkan kepada pengguna bahasa dan dirangka untuk memudahkan pencapaiannya yang seterusnya akan memperluaskan penggunaannya.
Penulis melihat usaha sesetengah akhbar bahasa Inggeris tempatan untuk memperbaiki penggunaan bahasa Inggeris merupakan satu langkah yang amat berfaedah untuk memperkukuhkan bahasa mat saleh itu. Contohnya, akhbar The Star mempunyai ruangan yang menerima beragam- ragam pendapat pembaca demi memperkukuhkan bahasa tersebut. Penulis mencadangkan supaya cara sedemikian dilakukan untuk bahasa Melayu bukan sahaja di akhbar bahasa kebangsaan tetapi di semua akhbar tempatan. Mudah-mudahan, akhbar-akhbar tempatan boleh menyediakan satu ruangan setiap hari atau setiap minggu bagi tujuan memperluaskan penerimaan dan penggunaan bahasa kebangsaan.
Microsoft di Malaysia sudah memperkenalkan sistem pengendalian pelbagai bahasa. Usaha ini bukan sahaja dapat merapatkan jurang digital malah mampu memperluaskan penggunaan bahasa kebangsaan dalam teknologi moden. Penulis mencadangkan agar perusahaan yang membantu memperkasakan martabat bahasa kebangsaan hari ini diiktiraf dan diberi penghargaan.
Segala perlaksanaan dan tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan tidak memadai jika rakyat Malaysia sendiri tidak mengendahkan usaha kerajaan. Bahasa kebangsaan harus diterapkan sebagai bahasa yang digunakan setiap hari bukan sahaja sebagai mata pelajaran wajib di sekolah dan bahasa yang digunakan untuk mengajar sahaja. Murid-murid sekolah, sejak kecil lagi harus diberi peluang menghayati bahasa kebangsaan sebagai bahasa pertuturan, bahasa pengantar dan bahasa sastera. Segala aktiviti penghayatan bahasa kebangsaan harus dijalankan untuk rakyat muda di peringkat sekolah juga. Bak pepatah, “Melentur buluh biar dari rebungnya”. Pembelajaran bahasa kebangsaan tidak seharusnya memberi tumpuan untuk mendapat keputusan cemerlang setakat di sijil pelajaran sahaja.
Semasa di sekolah, penulis telah dibuka minda dan diajar menghayati bahasa kebangsaan melalui penglibatan dalam pertandingan debat, bersajak dan berpantun. Berbalas pantun sambil menyanyikan lagu Rasa Sayang sudah menjadi kebiasaan. Penulis masih ingat apabila lagu Rasa Sayang dibawa ke Kapal Belia Asia tahun 2003. Peserta-peserta Kapal Belia Asia dari negara Brunei, Indonesia, Singapura dan Malaysia berbalas pantun dan semua peserta bersama-sama menyanyikan lagu Rasa Sayang itu. Aktiviti ini mencetuskan minat para peserta dari negara lain untuk mempelajari bahasa Melayu supaya dapat berhubung dengan bangsa Malaysia dan rakyat dari negara-negara jiran.
Harapan penulis supaya bahasa kebangsaan dapat menjadi bahasa membina bangsa Malaysia sekali gus menjadi bahasa dunia yang dihormati. Biarlah suara bahasa Melayu menjadi suara lantang di peringkat dunia.
- PENULIS ialah Presiden Kelab Lions CyberCare Kuala Lumpur.